Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Nahas berantai di Koswe Woodlands; seorang pemandu dibawa ke hospital

Anggaran Waktu Membaca:
Nahas berantai di Koswe Woodlands; seorang pemandu dibawa ke hospital

(Gambar: Petikan skrin video SG Road Vigilante/YouTube)

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu dibawa ke Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru selepas terlibat dalam satu kemalangan berantai di Koswe Woodlands pada pagi Khamis (13 Okt).

Nahas tersebut melibatkan empat kenderaan dan berlaku kira-kira pukul 9.10 pagi. Seorang lelaki Malaysia berusia 30 tahun gagal mengawal lori jongket yang dipandunya dan melanggar sebuah kereta Toyota di lorong tengah, kata Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan.

Kereta Toyota itu kemudian melanggar sebuah lori treler, yang bertembung dengan sebuah kereta Perodua.

“Menyusuli kemalangan berantai ini, seorang mangsa yang berada di dalam kereta Perodua Bezza tersepit di dalam kenderaan dan kemudiannya berjaya diselamatkan oleh anggota bomba di tempat kejadian,” kata Polis Trafik dalam satu kenyataan.

"Mangsa cedera dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dengan ambulans untuk menerima rawatan."

Polis juga mengesahkan bahawa pemandu itu dirawat bagi kecederaan yang diklasifikasikan di bawah "zon kuning", yang dianggap berisiko tinggi. Pemandu dan penumpang kenderaan lain yang terlibat dalam perlanggaran itu tidak mengalami sebarang kecederaan, kata kenyataan tersebut.

Polis menambah bahawa semua kenderaan yang terlibat dalam nahas itu berdaftar di Malaysia.

Dalam satu catatan Facebook pada kira-kira 9.45 pagi, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura menyatakan dua daripada tiga lorong di Koswe terhalang akibat kemalangan itu.

Pada Julai lalu, seorang pemandu warga Malaysia berusia 34 tahun ditahan selepas lorinya merempuh 11 kenderaan di Koswe.
Sumber : CNA/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan