Nahas bas di Perak: Isteri & anak pemandu MPV masih dirawat, dalam keadaan stabil
Isteri kepada pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza serta anak perempuan mereka berusia enam tahun yang terlibat dalam nahas bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi Isnin (9 Jun), dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Baling.

Keadaan Perodua Alza yang terlibat dalam kemalangan maut dengan bas yang membawa pelajar UPSI. (Gambar: Bernama)
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah, Mansor Zakaria berkata, Nurul Ain Zakaria, 36, serta Nur Aisyah Nafishah Mohd Lutfi, 6, kini dalam keadaan stabil dan akan dirujuk ke bahagian ortopedik untuk rawatan susulan.
Bagaimanapun, katanya ketika dihubungi, suami Nurul Ain yang juga pemandu MPV berkenaan Mohd Lutfi Radzi, 37, bersama anak bongsu mereka, Muhammad Ahsan Nafis, 2, yang turut cedera dalam kemalangan itu, telah dibenarkan pulang pada petang Isnin selepas menerima rawatan di hospital yang sama.
Dalam kejadian sekitar pukul 1.10 pagi di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berdekatan Tasik banding, Gerik, 15 pelajar UPSI maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan sebuah Perodua Alza.
Bas berkenaan membawa 42 pelajar UPSI dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu menuju ke kampus universiti di Tanjung Malim, Perak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.