Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Nahas bas di Afrika Selatan ragut 45 nyawa dalam perjalanan sambut Hari Easter

Anggaran Waktu Membaca:
AFRIKA SELATAN: Nahas bas di wilayah utara Afrika Selatan, Limpopop, meragut 45 nyawa dan seorang penumpang cedera parah, dedah Jabatan Pengangkutan Afrika Selatan pada Khamis (28 Mac).

Pemandu dikatakan hilang kawalan dan terlanggar penghadang di jambatan berdekatan Mamatlakala, yang menyebabkan bas tersebut terjatuh daripada jambatan dan kemudian terbakar, tambah kenyataan daripada jabatan pengangkutan itu.

Bas itu sedang mengangkut jemaah yang menyambut Hari Easter dari Botswana, ke Moria, sebuah bandar di Limpopo.

Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menyampaikan takziah kepada Botswana dan berjanji untuk membantu negara tersebut, tulis pejabatnya dalam satu kenyataan.

Hanya seorang penumpang 8 tahun terselamat dalam kemalangan tersebut, dan sedang dirawat di sebuah hospital berdekatan, dedah Jabatan Pengangkutan Limpopo dalam kenyataan berasingan.

Beberapa mayat terbakar sehingga tidak dapat dikenal pasti, manakala yang lain masih terperangkap di dalam serpihan bas di tempat kejadian, tambah jabatan pengangkutan itu.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan