Nahas Air India: Saintis forensik India kenal pasti 114 mangsa - Menteri
114 daripada 274 mangsa nahas pesawat penumpang Air India pada 12 Jun, 2025 di bandar Ahmedabad, negeri Gujarat sudah dikenal pasti. (Gambar: Reuters)
“Kemas kini Nahas Air India: Laporan DNA setakat jam 4.00 petang - 114 padanan disahkan. Proses pengecaman masih berjalan,” kata menteri itu di media sosial, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Saluran berita NDTV melaporkan bahawa doktor hanya mengumpul 230 sampel DNA daripada waris mangsa, manakala 274 mayat disimpan di rumah mayat Hospital Awam Ahmedabad. Lebih 60 mayat sudah diserahkan kepada keluarga masing-masing.
NDTV memetik kenyataan doktor dari hospital berkenaan bahawa setiap ujian DNA mengambil masa 72 jam untuk disiapkan, menjadikan tugas 36 pakar forensik dan 10 kumpulan kerja sebagai satu proses yang rumit dan memakan masa.
Pesawat Boeing 787 Dreamliner milik Air India yang dalam penerbangan ke London terhempas beberapa minit selepas berlepas dari lapangan terbang di Ahmedabad pada Khamis (12 Jun). Pihak berkuasa penerbangan India mengesahkan terdapat 242 orang di dalam pesawat. Hanya seorang penumpang terselamat.
Media tempatan melaporkan bahawa pesawat itu terhempas di bangunan asrama pelajar perubatan, mengorbankan puluhan lagi mangsa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.