Skip to main content

Dunia

Nahas 3 kereta di Malaysia ragut jiwa lima sekeluarga di pagi Aidiladha

Anggaran Waktu Membaca:
Nahas 3 kereta di Malaysia ragut jiwa lima sekeluarga di pagi Aidiladha

Kereta Axia yang remuk di tempat kejadian pada dini hari Sabtu, 7 Jun 2025. (Gambar: AWANI)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 07 Jun 2025 09:06PM Dikemas Kini : 07 Jun 2025 09:07PM

MALAYSIA: "Kalau dah sampai situ, tak jauh dah dari simpang rumah Mak Ngah", ungkapan terakhir sebelum perbualan telefon antara Norhayati Ismail, 60 tahun, bersama mangsa Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23 tahun, terputus. 

Nur Arfiqah antara mangsa daripada lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan antara Jalan Jerantut- dengan Maran pada tengah malam tadi (7 Jun). 

Turut terkorban, pemandu kereta Mohamad Ikmal Ishak, 26 tahun, adik kepada Nur Arfiqah, iaitu Mohammad Zulkifli, 21 tahun, Mohamad Azizul Hakimi, 19 tahun, dan Nurul Hazwani, 17 tahun. 

Cik Norhayati berkata ketika panggilan itu terputus, beliau mula berasa tidak sedap hati dan cuba berkali-kali  menghubungi semula mangsa.  

“Kemudian, saya terdengar seseorang cakap, ‘eh, dia orang ni pengsan kot’. Selepas itu, saya terdengar bunyi isyarat kereta … selepas itu ada orang jawab dan bercakap, ‘ada kemalangan di Batu 58’,” katanya kepada wartawan di Unit Forensik Hospital Jerantut hari ini (7 Jun). 

Cik Norhayati kemudian meminta suami menelefon anaknya, Muhammad Azuwan Arif Shah, 34 tahun, untuk pergi ke lokasi kejadian yang hanya 500 meter dari rumahnya. 

“Selepas saya dapat panggilan daripada mak, Saya terus ke tempat kejadian dan tiba di sana saya melihat ada seorang mangsa terbaring atas jalan, saya terus berlari ke kereta mangsa dan saya melihat ada lagi dua orang tersepit di dalam kereta dan tidak sedarkan diri. 

“ … Saya cakap pada orang ramai yang ada di situ untuk cari dua lagi sepupu saya, tiba-tiba nampak mangsa berada dalam anggaran 10 meter,” katanya. 

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah Pegawai Bomba Kanan 1 Roslan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan sekitar pukul 12.30 malam tadi.

Kemalangan itu membabitkan kereta Perodua Myvi, Axia dan Toyota Alphard.

Seorang lelaki dewasa yang juga pemandu kereta Axia maut akibat tersepit, manakala mangsa yang cedera terdiri seorang penumpang Myvi dan enam penumpang Toyota Alphard. 

Beliau berkata operasi menyelamat selesai pada pukul 1.55 pagi dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk dirawat.

Sumber : Agensi berita/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita