Nadia Kahf hakim pertama berhijab angkat sumpah sertai Mahkamah AS di New Jersey
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/ Josh PR
ANKARA: Peguam Amerika Syarikat Nadia Kahf dilantik ke Mahkamah Tinggi New Jersey, menjadi hakim berhijab yang pertama di negara itu.
Demikian menurut laporan media tempatan, seperti yang dipetik oleh Agensi Anadolu.
Cik Kahf, yang berasal dari Syria dan merupakan seorang peguam undang-undang keluarga dan imigresen di bandar Wayne, mengangkat sumpah pada Khamis (23 Mac), dengan tangannya di atas senaskhah al-Quran, menurut laman berita tempatan North Jersey.
Beliau akan bertugas sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Passaic County selepas Gabenor New Jersey Phil Murphy mencalonkannya tahun lalu, menurut media tempatan.
Walaupun Kahf bukan wanita Islam pertama yang berkhidmat sebagai hakim negeri, beliau adalah yang pertama memakai hijab.
Sejak 2003, beliau sudah menganggotai lembaga Majlis Perhubungan Amerika-Islam bahagian New Jersey, sebuah pertubuhan hak sivil Islam di mana Cik Kahf kini berkhidmat sebagai pengerusi.
Beliau juga merupakan penasihat undang-undang kepada Wafa House, sebuah agensi keganasan rumah tangga dan perkhidmatan sosial bukan untuk untung yang berpangkalan di bandar Clifton, dan juga seorang pengerusi Pusat Islam Passaic County.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.