Skip to main content

Dunia

MyHSR sokong keputusan tangguh projek HSR

MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) menyokong keputusan kedua-dua pemerintah Malaysia dan Singapura untuk menangguhkan pelaksanaan projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) sehingga 31 Mei 2020.

Anggaran Waktu Membaca:
MyHSR sokong keputusan tangguh projek HSR

(Gambar: The Malaysian Insight)

Diterbitkan : 06 Sep 2018 01:05PM Dikemas Kini : 06 Sep 2018 01:08PM

KUALA LUMPUR: MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) menyokong keputusan kedua-dua pemerintah Malaysia dan Singapura untuk menangguhkan pelaksanaan projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) sehingga 31 Mei 2020.

"Disebabkan tempoh penangguhan yang lama, syarikat-syarikat Infrastruktur Malaysia dan Singapura, MyHSR Corp dan SG HSR, akan membatalkan tender bersama antarabangsa untuk Asset Company (AssetsCo), yang dilancarkan awal tahun ini," menurut MyHSR dalam satu kenyataan pada Rabu (5 Sep).

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan pertukaran dokumen undang-undang antara Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia Mohamed Azmin Ali dan Menteri Penyelaras Infrastruktur dan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan bagi mengubah Perjanjian Dua Hala KL-SG HSR semalam (5 Sep).

"Kami berterima kasih atas penyertaan penggiat HSR global serta entiti tempatan dalam tender AssetsCo dan berharap dapat menarik balik mereka sekali lagi setelah butiran projek diperkukuh.

"Berdasarkan perkembangan baru ini, kami, sebagai jentera penyampaian projek di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan sepanjang tempoh ini," menurut MyHSR Corp lagi.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita