Skip to main content

Dunia

Myanmar tubuh panel siasat dakwaan cabuli hak asasi Rohingya

Suruhanjaya Khas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan berlakunya pencabulan hak asasi manusia di wilayah Rakhine

Anggaran Waktu Membaca:
Myanmar tubuh panel siasat dakwaan cabuli hak asasi Rohingya

(Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 31 Jul 2018 05:23PM Dikemas Kini : 31 Jul 2018 05:26PM

YANGON: Myanmar menubuhkan Suruhanjaya Khas bagi menyiasat dakwaan berlakunya pencabulan hak asasi manusia di wilayah Rakhine, menurut pihak berkuasa semalam (30 Jul).

Lebih 700,000 warga Rohingya melarikan diri dari Rakhine, Myanmar, susulan tindakan keras tentera yang bermula pada Ogos tahun lalu. Ini merupakan tindak balas kepada serangan-serangan oleh Angkatan Takhlisan Arakan Rohingya (ARSA). Myanmar menafikan tuduhan berlakunya penghapusan etrtik.

Satu kenyataan Pejabat Presiden menyatakan bahawa Suruhanjaya dianggotai dua wakil tempatan dan dua wakil antarabangsa.

Wakil-wakil luar negara ialah mantan duta besar Jepun ke PBB Kenzo Oshima dan diplomat Filipina Rosario Manalo.

Suruhanjaya itu akan dipengerusikan oleh cik Manalo.

Wakil-wakil tempatan termasuk mantan pegawai PBB dan seorang peguam.

Para pegawai pemerintah mengatakan Suruhanjaya bebas itu akan juga menangani isu-isu perdamaian, keamanan dan kemantapan di wilayah Rakhine.

Sumber : CNA/MM/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita