Myanmar tolak ketetapan PBB tuduhnya cabul hak asasi Rohingya
Myanmar membidas keras keputusan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan satu ketetapan tentang pencabulan hak asasi manusia di negara itu.
MYANMAR: Myanmar membidas keras keputusan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan satu ketetapan tentang pencabulan hak asasi manusia di negara itu.
Hasil pengundiannya, 122 anggota menyokong ketetapan itu, 10 menentang manakala 24 berkecuali.
Ketetapan itu mengutuk apa yang didakwanya sebagai pencabulan hak-hak asasi manusia yang dilakukan secara sistematik terhadap masyarakat Islam Rohingya di wilayah Rakhine.
Sejak Ogos lalu, lebih 650,000 orang Rohingya melarikan diri ke Bangladesh selepas pasukan keselamatan Myanmar menjalankan tindakan terhadap mereka dengan helah untuk memerangi para anggota kumpulan militan.
PBB dan Amerika Syarikat bagaimanapun menyifatkannya sebagai tindakan penghapusan kaum oleh tentera Myanmar.
Bulan lalu, Myanmar dan Bangladesh bersetuju untuk menghantar pulang para pelarian Rohingya menjelang akhir bulan depan.
Namun kumpulan-kumpulan hak asasi manusia antarabangsa memberi amaran keadaan di Rakhine masih belum aman lagi untuk para pelarian itu pulang ke Myanmar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.