Myanmar tolak keputusan ASEAN kecualikan pemimpin junta dari sidang puncak serantau
Pemerintah tentera Myanmar pada Jumaat (22 Okt) menyatakan bahawa ia menolak keputusan oleh negara-negara jiran untuk mengundang hanya seorang wakil bukan politik bagi menghadiri sidang puncak serantau yang bakal diadakan.
Bendera negara-negara ASEAN. (Gambar: AP)
REUTERS: Pemerintah tentera Myanmar pada Jumaat (22 Okt) menyatakan bahawa ia menolak keputusan oleh negara-negara jiran untuk mengundang hanya seorang wakil bukan politik bagi menghadiri sidang puncak serantau yang bakal diadakan dan keputusan tersebut dilihat sebagai satu penghinaan terhadap pemimpin rampasan kuasa tentera yang berlaku pada 1 Februari.
Dalam kenyataannya, Kementerian Luar Myanmar menegaskan bahawa ketua negara atau pemerintah Myanmar mempunyai hak yang sama untuk mengambil bahagian dalam sidang puncak ASEAN.
Sidang puncak seterusnya dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober.
Keputusan yang dibuat oleh para menteri luar ASEAN di mesyuarat tergempar pada Jumaat lalu (15 Okt) adalah satu langkah luar biasa yang dianggap berani, yang lazimnya lebih cenderung kepada dasar pendampingan dan bukan campur tangan.
Pihak junta menyatakan selepas mesyuarat itu bahawa keputusan tersebut melanggar prinsip kesepakatan ASEAN yang dipegang teguh sejak sekian lama.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.