Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Myanmar tolak hasil siasatan PBB berhubung 'penghapusan' kaum Rohingya

 Myanmar menolak hasil siatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuduh tentera negara itu melakukan pembunuhan beramai-ramai kaum Rohingya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Aug 2018 10:23PM Dikemas Kini : 29 Aug 2018 10:32PM

YANGON: Myanmar menolak hasil siatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuduh tentera negara itu melakukan pembunuhan beramai-ramai kaum Rohingya.

Ini merupakan respons pertama Myanmar terhadap hasil siasatan PBB ke atas krisis Muslim Rohingya di wilayah Rakhine.

'JENAYAH PALING BERAT DI BAWAH UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA'

Berucap di Majlis Keselamatan PBB, Duta Besar Amerika Nikki Haley berkata hasil siasatan itu konsisten dengan satu laporan PBB.

Beliau menggesa agar tindakan diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab atas keganasan yang berlaku.

"Yang paling penting, laporan itu mengenal pasti satu kumpulan sebagai pelaku sebahagian besar jenayah-jenayah tersebut - iaitu pihak tentera dan pasukan keselamatan Myanmar," tegas Cik Haley.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menyifatkan penganiayaan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Myanmar sebagai "jenayah paling berat di bawah undang-undang antarabangsa."

Untuk mensabitkan Myanmar, Majlis Keselamatan perlu merujukkan kes itu kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Namun, Myanmar bukan anggota ICC, lantas kes itu mungkin di luar bidang kuasa Mahkamah tersebut.

Wakil Myanmar di badan dunia itu mendakwa laporan PBB itu dikeluarkan dengan tergesa-gesa, sehari sebelum Majlis Keselamatan bersidang.

Beliau juga mengulangi apa yang membuat ratusan ribu orang kaum Rohingya melarikan diri dari Rakhine ke negeri jiran Bangladesh.

Menurutnya, tentera Myanmar melancarkan gerakan di Rakhine setahun lalu untuk memerangi serangan pengganas yang dilancarkan oleh kumpulan militan di wilayah itu.

PERLU ADA BUKTI UNTUK LANCARKAN SIASATAN

"Kami tidak membenarkan FFM (Delegasi Penemuan Fakta PBB) untuk memasuki Myanmar, oleh itu kami tidak bersetuju atau menerima sebarang resolusi yang dibuat oleh Majlis Hak Asasi Manusia," kata jurucakap pemerintah Zaw Htay seperti ditukil akhbar Global New Light of Myanmar hari ini (29 Ogos).

Beliau merujuk kepada pembentukan Suruhanjaya Siasatan Bebas oleh Myanmar sendiri, yang menurut beliau ditubuhkan sebagai respons terhadap "tuduhan palsu yang dibuat oleh agensi-agensi PBB dan masyarakat antarabangsa yang lain".

Negara itu "tidak mempunyai sebarang toleransi terhadap sebarang pencabulan hak asasi manusia", kata Zaw Htay, sambil menambah bahawa "bukti kukuh" termasuk rekod dan tarikh sebarang pencabulan perlu diserahkan sebelum penyiasatan dijalankan.

Pemerintah Myanmar akan mengambil "tindakan undang-undang terhadap sebarang pelanggaran hak asasi manusia," katanya lagi. 

Sumber : Agensi berita/TQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan