Myanmar 'terlalu lembap' bawa pulang pelarian Rohingya, kata ketua PBB
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres hari ini (18 Jan) mengutuk usaha Myanmar yang lambat membawa pulang para pelarian Muslim Rohingya dan menyifatkannya "terlalu lembap" dan amat mengecewakan".
Lebih 720,000 pelarian Rohingya kini tinggal di kem-kem di Bangladesh selepas mereka diusir dari wilayah Rakhine. (Gambar: Dibyangshu Sarkar/AFP)
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres hari ini (18 Jan) mengutuk usaha Myanmar yang lambat membawa pulang para pelarian Muslim Rohingya dan menyifatkannya "terlalu lembap" dan amat mengecewakan".
Lebih 720,000 pelarian Rohingya kini tinggal di kem-kem di Bangladesh selepas mereka diusir dari wilayah Rakhine di bahagian utara Myanamar semasa satu operasi tentera pada 2017. PBB menyifatkan operasi itu sebagai satu penghapusan kaum.
Myanmar sudah bersetuju untuk menerima semula sebilangan pelarian dalam satu perjanjian yang dimeterai dengan Bangladesh dan keselamatan para pelarian mesti diutamakan.
Pada bulan ini, pemerintah Myanmar menangguhkan satu lawatan ke Rakhine, yang dijadual dilakukan oleh Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) Filippo Grandi.
Utusan Khas PBB Christine Schraner Burgener pula dijadual mengadakan rundingan dengan Myanmar pada lewat bulan ini serta membentangkan laporan kepada Majlis Keselamatan PBB mengenai langkah-langkah untuk menangani krisis pelarian, kata para diplomat PBB.
Menyusuli mesyuarat tertutup majlis itu yang diadakan di Myanmar pada Rabu (16 Jan), Duta Besar Jerman Christoph Heusgen berkata "kemajuan terhadap usaha itu amat terhad" dan majlis itu "sungguh prihatin" mengenai keadaan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.