Myanmar singkatkan hukuman penjara Aung San Suu Kyi, bebaskan mantan presiden
Anggaran Waktu Membaca:
Mantan pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi. (Gambar fail: AFP/Ye Aung Thu)
MYANMAR: Myanmar menyingkatkan tempoh hukuman penjara mantan pemimpin, Aung San Suu Kyi. Perkara itu dimaklumkan oleh peguamnya pada Jumaat (17 Apr) sebagai sebahagian daripada pengampunan oleh presiden baharu yang pernah menggulingkan pemerintah pimpinan beliau dalam rampasan kuasa tentera lima tahun lalu.
Aung San Suu Kyi, 80 tahun, sebelum ini menjalani hukuman penjara 27 tahun atas pelbagai tuduhan seperti hasutan, rasuah, penipuan pilihan raya, dan melanggar akta rahsia rasmi. Sekutu beliau menyifatkan tuduhan tersebut sengaja direka atas motif politik untuk menjauhkan beliau daripada kuasa.
Peguamnya berkata hukuman tersebut dikurangkan sebanyak seperenam. Namun, masih tidak jelas sama ada pemenang Hadiah Keamanan Nobel itu akan dibenarkan menjalani baki hukuman di bawah tahanan di rumah. Beliau tidak pernah dilihat di khalayak ramai sejak perbicaraan tamat dan lokasi keberadaannya masih tidak diketahui.
Awal sebelum itu, media rasmi melaporkan bahawa Presiden Min Aung Hlaing meluluskan pengampunan bagi 4,335 banduan. Pengampunan beramai-ramai itu biasanya dilakukan setiap tahun bagi menyambut Hari Kemerdekaan pada Januari dan Tahun Baharu pada April.
Turut dibebaskan ialah Win Myint, yang berkhidmat sebagai presiden dari 2018 sehingga rampasan kuasa tentera pada 2021. Beliau merupakan sekutu kuat Aung San Suu Kyi dan diberikan pengampunan serta pengurangan baki hukuman di bawah syarat-syarat tertentu.
Rampasan kuasa pada 2021 yang diketuai oleh Min Aung Hlaing menyebabkan Myanmar terjerumus ke dalam perang saudara yang masih berlarutan sehingga kini. Min Aung Hlaing dipilih sebagai presiden pada 3 April lalu selepas pilihan raya yang dikecam oleh pemerintah Barat sebagai satu penipuan bagi mengekalkan pemerintahan tentera.

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.