Skip to main content

Dunia

Myanmar sekat internet di Rakhine untuk tahun kedua

Sekatan Internet di wilayah bergolak di barat laut Myanmar memasuki tahun kedua pada Ahad (21 Jun) dengan penduduk tempatan dan para peserta kempen merayu ia ditamatkan sedang wilayah itu dicengkam kebimbangan akibat COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Myanmar sekat internet di Rakhine untuk tahun kedua

Wilayah bergolak Rakhine di Myanmar (Gambar: AFP/Richard SARGENT)

Diterbitkan : 21 Jun 2020 04:34PM Dikemas Kini : 21 Jun 2020 04:45PM

YANGON: Sekatan Internet di wilayah bergolak di barat laut Myanmar, digambarkan oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia sebagai yang paling lama di dunia, setelah ia memasuki tahun kedua pada Ahad (21 Jun) dengan penduduk tempatan dan para peserta kempen merayu ia ditamatkan sedang wilayah itu dicengkam kebimbangan akibat COVID-19.

Tentera Myanmar telah terlibat dalam perang saudara menentang Tentera Arakan sejak Januari 2019. Tentera Arakan adalah sebuah kumpulan pemberontak yang memperjuangkan hak autonomi lebih luas bagi kaum Buddha Rakhine.

Pemerintah Myanmar menyekat akses data mudah alih di beberapa bandar di wilayah Rakhine dan negeri jiran, Chin pada 21 Jun tahun lalu, yang mencetuskan rasa cemas dalam kalangan penduduk yang terdesak untuk mendapatkan maklumat mengenai pergolakan itu.

Human Rights Watch pada Jumaat menyeru agar "sekatan Internet paling lama di dunia yang dikuat kuasakan pemerintah" itu dihentikan segera.

"Adalah sangat penting untuk orang awam mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk kekal selamat" semasa berlaku pandemik global, kata Linda Lakhdhir dari HRW.

Negara tersebut setakat ini mencatatkan 287 kes virus korona termasuk enam kematian, namun para pakar bimbang jumlah lebih rendah itu disebabkan oleh kurangnya ujian.

Seorang pegawai pemerintah berkata awal bulan ini sekatan Internet akan berterusan sehingga sekurang-kurangnya 1 Ogos di lapan bandar.

Syarikat-syarikat telekomunikasi menyatakan bahawa pemerintah mengarahkan sekatan itu untuk mencegah "kegiatan haram".

Rakhine juga didiami penduduk Rohingya, sebuah kumpulan minoriti Muslim yang menghadapi tindakan keras tentera pada 2017.

Sekitar 750,000 orang melarikan diri ke negara jiran Bangladesh berikutan keganasan yang berlaku. Ia juga menyebabkan mahkamah tertinggi PBB menuduh Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai.

600,000 orang Rohingya yang tinggal di Rakhine tinggal dalam apa yang disifatkan oleh Amnesty International sebagai "keadaan aparteid", dengan kebebasan yang amat terbatas.

"Kami ingin mengetahui lebih banyak maklumat mengenai COVID-19, apa yang berlaku kepada orang-orang yang kehilangan tempat tinggal di Sittwe (ibu kota Rakhine) dan apa yang berlaku di Bangladesh," kata Abdullah, seorang penduduk Rohingya dari bandar Mrauk U, kepada AFP menerusi telefon.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita