Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Myanmar lanjutkan tempoh keadaan darurat selama 6 bulan

Anggaran Waktu Membaca:
Myanmar lanjutkan tempoh keadaan darurat selama 6 bulan

Bendera kebangsaan Myanmar. (Gambar: iStock/ugurhan)

YANGON: Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara (NDSC) Myanmar pada Rabu (31 Jan) melanjutkan tempoh keadaan darurat di negara Asia Tenggara itu selama enam bulan lagi, lapor Xinhua yang memetik kenyataan pasukan penerangan majlis itu.

Menurut laporan media, Pemangku Presiden U Myint Swe mengisytiharkan lanjutan tempoh darurat selama enam bulan lagi semasa mesyuarat NDSC pada Rabu (31 Jan).

Lanjutan itu dibuat mengikut Seksyen 425 Perlembagaan Negara berikutan keadaan luar biasa dalam negara, menurut laporan tersebut.

Mesyuarat itu juga membincangkan perkara berkaitan usaha membanteras penipuan telekomunikasi, pembangunan negara dan promosi sektor pendidikan, persediaan untuk pilihan raya umum serta persediaan untuk pelaksanaan bancian negara.

Myanmar mengisytiharkan keadaan darurat selama setahun pada Februari 2021 dan dilanjutkan sebanyak empat kali lagi sehingga 31 Jan tahun ini.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan