Myanmar isytihar darurat, Bangkok kawasan bencana susuli gempa kuat

Pasukan penyelamat berdiri berhampiran sebuah bangunan yang runtuh selepas dilanda gempa bumi kuat di Myanmar pada 28 Mac 2025. (Gambar: Reuters/Athit Perawongmetha)
MYANMAR: Junta Myanmar mengisytiharkan keadaan darurat di enam daerah pada Jumaat (28 Mac), menyusuli gempa bumi 7.7 Richter pada tengah hari.
Sekurang-kurang tiga kematian dilaporkan setakat ini bandar Taungoo di Myanmar menyusuli runtuhnya sebahagian daripada sebuah masjid, menurut laporan AFP.
Menurut media tempatan, sekurang-kurangnya dua orang maut selepas sebuah hotel roboh di Aung Ban. Insiden itu juga menyebabkan 20 orang cedera.
Menyusuli bencana yang melanda negara itu, junta tentera membuat permohonan bantuan kemanusiaan antarabangsa, sesuatu yang jarang dilakukan.
Ketua Junta Min Aung Hlaing, sudah tiba di hospital di Naypyidaw di mana mangsa yang cedera sedang dirawat.
Ibu kota Thailand, Bangkok, pula kini diisytiharkan sebagai kawasan bencana menyusuli gempa bumi di Myanmar, menurut Dewan Bandar Raya Bangkok pada Jumaat.
Menurut timbalan perdana menteri negara itu, sekurang-kurangnya tiga pekerja terkorban akibat runtuhnya sebuah menara 30 tingkat yang sedang dibina, lapor Reuters.
In Thailand, the country's deputy prime minister said that at least three workers were killed in the collapse of the 30-storey under-construction tower in Bangkok, Reuters reported.
CABARAN SAMPAI KE DAERAH DILANDA GEMPA DI MYANMAR: PALANG MERAH
Gempa itu, yang berpusat berdekatan Mandalay, bandar kedua terbesar Myanmar, diikuti oleh gegaran susulan sekuat 6.4 Richter.
Menurut pasukan Palang Merah bekalan tenaga yang terputus merumitkan lagi cabaran untuk pasukan mereka sampai ke daerah Mandalay dan Sagaing serta wilayah selatan Shan.
"Laporan awal dari sana menunjukkan gempa itu menyebabkan kerosakan besar," menurut Palang Merah.
"Maklumat mengenai keperluan bantuan kemanusiaan sedang dikumpulkan."
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.