Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Myanmar digesa elak bertindak ganas selepas penunjuk perasaan seru rakyat memberontak

Negara-negara Asia Tenggara dan Barat telah menggesa semua pihak di Myanmar supaya jangan bertindak ganas dan membenarkan penghantaran bantuan kemanusiaan di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Myanmar digesa elak bertindak ganas selepas penunjuk perasaan seru rakyat memberontak

Para penunjuk perasaan di Mandalay, Myanmar pada Februari lalu. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 08 Sep 2021 06:25PM Dikemas Kini : 08 Sep 2021 06:28PM

AGENSI BERITA: Negara-negara Asia Tenggara dan Barat telah menggesa semua pihak di Myanmar supaya jangan bertindak ganas dan membenarkan penghantaran bantuan kemanusiaan di negara itu.

Gesaan tersebut dibuat selepas Pemerintah Perpaduan Nasional (NUG), yang dibentuk pihak penentang junta tentera menyeru rakyat Myanmar melakukan pemberontakan di merata negara.

Hari ini (8 Sep), para penunjuk perasaan dilaporkan merosakkan puluhan menara komunikasi milik pihak tentera, yang terletak di wilayah Sagaing.

Mereka juga menyerang perniagaan-perniagaan pihak tentera.

Para penunjuk perasaan lain pula telah membentuk kumpulan-kumpulan bersenjata di bawah panji Angkatan Pertahanan Rakyat.

Mereka telah menjalin pakatan dengan kumpulan etnik minoriti yang sudah sekian lama memusuhi pihak tentera.

Tentera Myanmar pula menyifatkan seruan pemberontakan oleh NUG sebagai helah untuk mendapatkan perhatian dunia dan ia tidak akan berjaya.

Perkembangan terbaru itu berlaku hanya beberapa hari setelah tentera Myanmar dilaporkan bersetuju dengan permintaan ASEAN untuk melaksanakan gencatan senjata sehingga akhir tahun ini.

Utusan khas ASEAN ke Myanmar, Erywan Yusof, berkata gencatan senjata itu bertujuan memastikan agar bantuan kemanusiaan dapat diagihkan dengan selamat.  

Sumber : Agensi berita/AI/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan