Skip to main content

Dunia

Myanmar diarah 'ambil langkah sepenuhnya' hentikan penghapusan kaum Rohingya

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Khamis (23 Jan) mengarahkan Myanmar agar melaksanakan langkah-langkah segera bagi melindungi para penduduk Islam Rohingya dan menjauhi tindakan yang boleh dianggap sebagai pembunuhan beramai-ramai kaum tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Myanmar diarah 'ambil langkah sepenuhnya' hentikan penghapusan kaum Rohingya

Gambar fail Aung Saan Suu Kyi di Mahkamah Keadilan Antarabangsa bagi pertahankan Myanmar daripada dakwaan penghapusan kaum Rohingya (Gambar: AFP/Koen Van Weel)

Diterbitkan : 23 Jan 2020 10:39PM Dikemas Kini : 23 Jan 2020 10:53PM

THE HAGUE: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Khamis (23 Jan) mengarahkan Myanmar agar melaksanakan langkah-langkah segera bagi melindungi para penduduk Islam Rohingya dan menjauhi tindakan yang boleh dianggap sebagai pembunuhan beramai-ramai kaum tersebut.

Panel 17 hakim mahkamah di The Hague itu sebulat suara juga mengarahkan Myanmar agar memberi lapor balik dalam tempoh empat bulan, tentang langkah-langkah yang diambil untuk memperbaiki keadaan.

ICJ mengeluarkan arahan itu selepas Gambia mengemukakan kes pada November lalu yang menuduh Myanmar melakukan penghapusan kaum Rohingya.

Gambia juga menuduh Myanmar menghalau 700,000 penduduk kaum Islam Rohingya sejak Oktober 2016.

Para penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini merumuskan bahawa operasi tentera Myanmar pada 2017, ada matlamat untuk menghapuskan kaum Rohingya.

Semasa perbicaraan ICJ selama seminggu pada bulan lalu, pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi menafikan semua tuduhan itu dan meminta para hakim menggugurkan kes tersebut.

Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa itu adalah muktamad tetapi ia tiada kuasa untuk menguatkuasakannya.

Sumber : Agensi berita/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita