Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Myanmar berkeras 'memang wajar' lancar serangan udara maut meski dikecam masyarakat dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Myanmar berkeras 'memang wajar' lancar serangan udara maut meski dikecam masyarakat dunia

(Gambar: Kyunhla Activists Group/AP)

MYANMAR: Pemerintah junta di Myanmar pada Rabu (12 Apr) mengesahkan bahawa ia melancarkan serangan udara ke atas sebuah kampung di barat laut negara itu, yang menyebabkan berpuluh-puluh orang maut.

Serangan udara itu turut mengundang kritikan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kuasa negara barat.

Angka korban bagi serangan udara di daerah Kanbalu yang terpencil di wilayah Sagaing masih belum dapat dipastikan.

Namun ia dipercayai bahawa sehingga 100 orang maut, sekali gus menjadikannya serangan udara paling dahsyat berbanding serangan-serangan udara yang dilancarkan sebelum ini.

Junta tentera menyatakan bahawa ia melancarkan serangan itu ke atas satu perhimpunan yang dianjurkan oleh kumpulan pemberontak.

Ia menambah bahawa jika orang awam turut terbunuh, ia adalah kerana mereka dipaksa untuk membantu kumpulan "pengganas" itu.

Jurucakap junta, Zaw Min Tun memberitahu saluran siaran tentera, Myawaddy, pada lewat petang Selasa (11 Apr) bahawa serangan ke atas upacara yang diadakan oleh Pemerintah Perpaduan Nasional (NUG), satu pentadbiran tidak rasmi, untuk Pasukan Pertahanan Rakyat (PDF) bertujuan untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan di daerah itu.

Merujuk kepada tuduhan di mana orang awam turut terkorban, beliau berkata bahawa "sebilangan orang yang dipaksa menyokong mereka mungkin terkorban juga".

Beliau juga menuduh anggota PDF melakukan "jenayah perang" dan membunuh "sami, guru dan penduduk tidak bersalah" di kawasan yang tidak menyokong pembangkang.

Memetik kenyataan penduduk di daerah itu, BBC Burmese, Radio Free Asia (RFA) dan portal berita Irrawady melaporkan antara 80 dan 100 nyawa, termasuk orang awam, terkorban dalam serangan oleh tentera.

Menurut anggota PDF, sekitar 100 mayat, termasuk 16 kanak-kanak, sudah dibakar.

DIKUTUK MASYARAKAT ANTARABANGSA

Ketua PBB Antonio Guterres mengutuk serangan itu dan mengulangi "permintaannya kepada pihak tentera untuk menghentikan kempen keganasan ke atas rakyat Myanmar di seluruh negara itu".

Demikian menurut kenyataan dari jurucakap Encik Guterres.

Washington juga mengutuk serangan "keji" itu.

Timbalan pengarah divisyen Asia bagi Humans Right Watch, Phil Robertson, berkata bahawa serangan itu mungkin dapat menyebabkan rakyat Myanmar berasa takut.

"Saya fikir ia akan mencetuskan rasa takut dalam kalangan orang ramai," katanya kepada AFP.

Sumber : Agensi berita/AE/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan