Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Myanmar bebaskan 5,000 penunjuk perasaan setelah dikecualikan dari sidang puncak ASEAN

Ketua junta Myanmar, Min Aung Hlain pada Isnin (18 Okt) mengumumkan akan membebaskan lebih 5,000 rakyatnya yang dipenjarakan kerana menyertai tunjuk perasaan antirampasan kuasa pada Februari.

Anggaran Waktu Membaca:
Myanmar bebaskan 5,000 penunjuk perasaan setelah dikecualikan dari sidang puncak ASEAN

Panglima angkatan bersenjata Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing semasa menyampaikan ucapan di Moskow, Rusia pada 23 Jun 2021 (Gambar fail: Alexander Zemlianichenko/Pool via REUTERS)

Diterbitkan : 18 Oct 2021 11:25PM Dikemas Kini : 18 Oct 2021 11:27PM

YANGON: Ketua junta Myanmar, Min Aung Hlain pada Isnin (18 Okt) mengumumkan akan membebaskan lebih 5,000 rakyatnya yang dipenjarakan kerana menyertai tunjuk perasaan antirampasan kuasa pada Februari.

Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas ASEAN membuat keputusan untuk beliau dikecualikan dari pertemuan bersama Persatuan Negara-negara Asia Tenggara itu, ekoran komitmen pemerintahnya dalam menangani krisis berdarah itu.

Myanmar sebelum ini berdepan kekacauan sejak rampasan kuasa itu, dengan lebih 1,100 orang awam maut dalam tindakan keras junta dan lebih 8,000 ditangkap, menurut sebuah kumpulan pemantau tempatan.

Lebih 7,300 kini meringkuk di penjara, menurut Persatuan Bantuan untuk Tahanan Politik (AAPP).

Ketua Junta, Min Aung Hlaing berkata keseluruhannya 5,636 tahanan akan dibebaskan menjelang perayaan Thadingyut bulan ini, tanpa memberikan perincian tarikh tepat pembebasan mereka.

Laman berita Democratic Voice of Burma menyatakan tiga wartawannya, yang kesemuanya ditahan selama sekitar enam bulan, sudah dibebaskan.

Pihak berkuasa Myanmar membebaskan lebih 2,000 penunjuk perasaan antirampasan kuasa pada Jun, termasuk wartawan yang mengkritik pemerintah tentera.

Lebih daripada 1,300 yang dijadual dibebaskan dikenakan syarat menandatangani perjanjian tidak mengulangi kesalahan, menurut kenyataan junta pada Isnin.

Perjanjian seperti itu "pada dasarnya adalah bentuk pembebasan bersyarat yang disertakan dengan pengawasan rapi", kata David Mathieson, seorang penganalisis yang sebelum ini berpangkalan di Myanmar, kepada AFP.

"Ia tidak membebaskan SAC (Majlis Pentadbiran Negeri, nama yang digunakan junta) daripada keganasan melampau selama sembilan bulan."

Kumpulan pemantau AAPP mengecam pembebasan itu sebagai "usaha mengalihkan perhatian" yang ditujukan kepada pemerintah asing.

"Tujuannya bukan untuk meredakan penindasan," tegasnya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Twitter.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan