Skip to main content

Dunia

Muzium Victoria dan Albert di London jadi tuan rumah majlis iftar

Anggaran Waktu Membaca:
Muzium Victoria dan Albert di London jadi tuan rumah majlis iftar

(Gambar: Facebook/Ramadan Tent Project)

LONDON: Muzium Victoria dan Albert (V&A) satu daripada muzium terkemuka di dunia yang terletak di kota London menjadi tuan rumah untuk majlis berbuka puasa. 

Program yang diadakan pada Jumaat (24 Mac) itu dianjurkan oleh Projek Khemah Ramadhan (Ramadan Tent Project) yang disertai lebih 400 orang, lapor Agensi Anadolu. 

Pengasas projek tersebut Omar Salha berkata tahun 2023 menandakan ulang tahun ke-10 projek itu.

Projek itu dimulakan oleh sekumpulan pelajar di Sekolah Pengajian Oriental dan Afrika (SOAS) University London untuk berkongsi juadah berbuka puasa bersama-sama dengan penuntut antarabangsa.

Encik Salha berkata badan amal itu akan menganjurkan majlis berbuka puasa di 10 bandar raya sepanjang Ramadan termasuk di Birmingham, Manchester dan Cambridge serta London.

Beliau berkata acara berbuka puasa di Dataran Trafalgar akan menjadi majlis iftar yang terbesar.

Acara yang sama juga akan dianjurkan di teater Globe Shakespeare, stadium kelab bola sepak Chelsea Stamford Bridge dan stadium American Express Community kelab Brighton and Hove Albion, katanya.
 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita