Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muzium Taiwan mengaku tiga artifak dinasti Ming dan Qing bernilai AS$77 juta pecah

Anggaran Waktu Membaca:
Muzium Taiwan mengaku tiga artifak dinasti Ming dan Qing bernilai AS$77 juta pecah

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 01 Nov 2022 04:07PM Dikemas Kini : 01 Nov 2022 04:08PM
TAIWAN: Muzium Istana Negara Taiwan mengaku tiga artifak dinasti Ming dan Qing yang dilaporkan bernilai AS$77 juta (S$109 juta)pecah semasa dalam jagaannya.

Akhbar The Guardian melaporkan bahawa artifak tersebut- sebiji mangkuk, cawan teh dan pinggan - tidak dilindungi insurans dan pecah pada dalam tiga kejadian berasingan sepanjang tempoh 18 bulan yang lalu. Namun kerosakan itu hanya diketahui minggu lalu.

Pada Jumaat (28 Okt), anggota parlimen pembangkan Taiwan, Chen I-shin, mendakwa beliau mendapat maklumat, dan menuduh pengarah muzium kerana cuba menutup insiden itu dan mengarah kakitangan untuk tidak bercakap tentang kerosakan itu.

Pihak muzium dan pengarah muzium, Wu Mi-cha mengaku bahawa tiga artifak di dalam arkib itu pecah. Namun mereka menafikan tuduhan cuba untuk menutup insiden tersebut.

Wu berkata seorang kakitangan kanan meletakkan pinggan tersebut di atas meja kerja setinggi 1 meter dan ia jatuh berkecai ke lantai berkarpet.

Muzium itu juga menyatakan ia tidak dapat memastikan siapa yang bertanggungjawab atas dua lagi insiden yang lain walaupun sudah memeriksa rakaman CCTV sepanjang 10 tahun.

Wu mengesyaki artifak yang pecah itu disebabkan kaedah penyimpanan yang tidak betul.

Beliau menambah bahawa kakitangannya terus melaporkan kejadian itu kepadanya, dan siasatan segera dijalankan.

Ketiga-tiga artifak itu tidak pernah dipamerkan. Tambahnya ia tidak dilindungi insurans kerana belum dinilai.

Muzium tersebut sedang berusaha untuk memperbaiki amalan penyimpanan bagi artifak-artifaknya, dengan menggantikan kotak dengan rak, serta memperuntukkan belanjawan untuk 2023 bagi memperbaiki pembungkusan arkib porselin.

Muzium Istana Nasional Taiwan mempunyai koleksi terbesar artifak China di dunia meliputi 5,000 tahun sejarah negara itu.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan