Muzium Louvre di Paris dipecah masuk perompak bersenjatakan gergaji rantai
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Dimitar DILKOFF)
PARIS: Beberapa perompak bersenjata gergaji rantai memecah masuk ke dalam Muzium Louvre di Paris pada Ahad (19 Okt).
Menurut beberapa sumber, para perompak mencuri barang kemas daripada muzium itu, menyebabkan ia ditutup pada hari yang sama.
Para perompak tiba di muzium tersebut antara pukul 9.30 pagi dengan 9.40 pagi waktu tempatan dan mencuri beberapa barang kemas, dedah sumber yang mengikuti kes itu.
Ia menambah bahawa nilai barang yang dicuri masih sedang dianggarkan.
Satu lagi sumber polis menyatakan para perompak tiba dengan menaiki skuter dan membawa gergaji rantai yang kecil.
Akhbar Perancis Le Parisien melaporkan bahawa penjenayah memasuki muzium itu melalui bahagian depan bangunan yang menghadap ke Sungai Seine, di mana kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan.
Laporan itu menyatakan mereka menaiki lif muatan untuk mendapat akses langsung ke bilik yang disasarkan di Galeri Apollo.
Selepas memecahkan tingkap, mereka dilaporkan mencuri "sembilan keping koleksi barang kemas milik Napoleon dan isterinya", lapor Le Parisien.
Menteri Kebudayaan Perancis Rachida Dati sebelum itu melaporkan insiden pecah masuk di Muzium Louvre, Paris.
"Satu rompakan berlaku pagi ini pada pembukaan Muzium Louvre," tulisnya melalui catatan di X.
"Tiada kecederaan dilaporkan. Saya berada di lokasi bersama kakitangan muzium dan polis," tambahnya.
Menerusi catatan di X, Louvre menyatakan bahawa ia ditutup pada hari itu "atas sebab-sebab luar biasa".
Louvre mempunyai sejarah panjang berkaitan pencurian dan percubaan rompakan.
Louvre mempamerkan lebih 33,000 karya merangkumi barang antik, arca dan lukisan dari Mesopotamia, Mesir dan dunia klasik hingga karya agung Eropah.
Tarikan utamanya termasuk lukisan Mona Lisa, serta Venus de Milo dan Winged Victory of Samothrace.
Galerie d'Apollon, di mana kecurian dilaporkan berlaku pada Ahad, mempamerkan beberapa barang kemas milik Mahkota Perancis.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.