Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muzium Bomba M'sia bakal dibina di Melaka dengan kos RM3.5 juta

Ia dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Muzium Bomba M'sia bakal dibina di Melaka dengan kos RM3.5 juta

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Abu Bakar Katain (tengah) antara yang hadir di Perhimpunan Dwi Tahunan 2022 JBPM Melaka hari ini. (Gambar: BERNAMA)

MELAKA: Muzium Bomba Malaysia yang mempamerkan artifak, peralatan dan jentera lama digunakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan dibina di Jalan Kubu, melibatkan peruntukan berjumlah RM3.5 juta (S$1.1 juta).

Pengarah JBPM Melaka Abu Bakar Katain berkata muzium berkenaan akan dibangunkan dalam kawasan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, dan ia dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.

Beliau berkata pembinaan muzium itu diletakkan di bawah tanggungjawab pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), dan setakat ini ia di peringkat tender untuk pelaksanaan kerja-kerja pengubahsuaian di balai bomba berkenaan.

"Semua artifak, peralatan dan jentera lama yang digunakan bomba yang berada di galeri dan pusat latihan bomba serata negeri akan dikumpulkan untuk dipamerkan di muzium itu nanti," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Dwi Tahunan 2022 JBPM Melaka pada Selasa (19 Jul).

Menurutnya selain dijadikan pusat pameran, Muzium Bomba Malaysia juga akan berfungsi sebagai pusat pendidikan untuk meningkatkan kesedaran awam tentang ilmu kebombaan dan keselamatan awam.

Sementara itu, Encik Abu Bakar berkata tiga pegawai termasuk beliau sendiri telah terpilih mewakili jabatan itu di temasya ‘World Police and Fire Games 2022’ (WPFG 2022) di Rotterdam, Belanda yang akan berlangsung dari 22 hingga 31 Julai ini.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan