Muzium Automotif Petersen rai perkembangan industri kenderaan sepanjang 130 tahun lalu
Para pengunjung berpeluang melihat pelbagai "hypercars" ataupun kereta-kereta hebat dan eksklusif dari merata dunia yang bernilai jutaan dolar di pameran kenderaan khas di Los Angeles, California.
Pameran kereta di Muzium Automotif Petersen. (Gambar: Twitter/Rodney Ascher)
Pameran kenderaan khas itu berlangsung di Muzium Automotif Petersen di bandar Los Angeles, California.
Para pengunjung berpeluang melihat pelbagai "hypercars" ataupun kereta-kereta hebat dan eksklusif dari merata dunia yang bernilai jutaan dolar.
Kenderaan-kenderaan yang dipamerkan termasuk kereta dan motosikal yang berkuasa paling tinggi dan amat canggih.
Terdapat juga kereta-kereta paling laju dan kereta unik yang direka menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Selain itu, kereta-kereta yang dipamerkan menyusur
perkembangan industri kenderaan di merata dunia. sepanjang 130 tahun lalu.
Oleh itu, pameran tersebut merupakan satu detik bersejarah kerana ia meraikan kemuncak keupayaan automotif.
"Hypercars" yang dipamerkan dihantar oleh pelbagai syarikat di merata dunia. Ada daripadanya dihasilkan syarikat kecil yang hanya mempunyai satu atau dua pekerja di samping jenama antarabangsa yang terkenal.
Pameran "Hypercars: The Allure of the Extreme" itu menampilkan 30 kenderaan secara keseluruhannya dan berlangsung sehingga Mei tahun depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.