Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muzium Antarabangsa Biografi Nabi dilancarkan di Makkah

Anggaran Waktu Membaca:
MAKKAH: Setiausaha Agung Liga Muslim Dunia dan penyelia Pameran Antarabangsa dan Muzium Biografi Nabi dan Tamadun Islam, Sheikh Dr. Mohammed Al-Issa, memeriksa Muzium Antarabangsa Biografi Nabi di Menara Jam terletak di bandar Makkah.

Pameran tersebut merupakan tarikan utama dan bagi muzium itu.

Encik Al-Issa memeriksa beberapa bahagian inovatif pameran tersebut dan mengumumkan operasi percubaan muzium itu pada bulan Ramadan ini, lapor Saudi Gazette.

Ia mempunyai lebih daripada 30 bahagian, yang mempamerkan 200 pameran visual dan interaktif dalam lima bahasa. Pada masa yang sama, ia menggunakan teknologi pameran interaktif terkini.

Pameran dan muzium tersebut bertujuan untuk memperkenalkan biografi Nabi Muhammad, yang merangkumi nilai-nilai terpuji selaras dengan ajaran agama yang benar, meningkatkan ajarannya, dan menonjolkan risiko fahaman ekstrem yang disalah kait dengan Islam, terutamanya yang berkaitan dengan biografi nabi.

Ia juga menonjolkan tamadun Islam dari sumber dan panduan sebenar.

Muzium Antarabangsa Biografi Nabi dan Tamadun Islam, yang mempunyai pameran tetap dan dilaksanakan di beberapa tempat lain untuk sementara, mewakili inisiatif unik dalam memperkenalkan biografi nabi dan tamadun Islam.

Ia menampilkan sumber dan karya saintifik yang asli, kajian yang disemak, dan kaedah pembentangan menggunakan teknologi terkini pada zaman ini.

Para pelawat dari seluruh dunia akan disediakan dengan maklumat tentang nilai ajaran Islam dan menangani salah faham mengenai agama tersebut.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan