Mutu udara Jakarta kedua terburuk di dunia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/BAY ISMOYO)
JAKARTA: Mutu udara di Jakarta pada Sabtu (13 Jul) pagi menduduki tangga kedua sebagai bandar dengan udara terburuk di dunia.
Menurut data laman web pemantau mutu udara IQAir pada pukul 7.00 Waktu Indonesia Barat (WIB), Indeks Mutu Udara (AQI) di Jakarta berada di tempat pertama dengan bacaan tinggi, iaitu 173, yang berada di kategori tidak sihat.
Bacaan tidak sihat itu membahayakan manusia dan haiwan, serta dapat menimbulkan masalah kepada tumbuhan dan prasarana.
Mutu udara dalam kategori sederhana, yang tidak mempengaruhi kesihatan manusia dan haiwan, namun menjejas tumbuhan yang sensitif dan prasarana adalah bacaan PM2.5, antara 51 dan 100.
Mutu udara dalam kategori sihat, yang tidak menjejas kesihatan manusia, haiwan, tumbuhan atau prasarana adalah bacaan PM2.5 antara 0 hingga 50.
Kategori udara paling tidak sihat adalah bacaan PM2.5 antara 200 hingga 299, di mana mutu udara boleh memudaratkan kesihatan sejumlah penduduk yang terdedah.
Kategori terakhir, iaitu bacaan PM2.5 antara 300 hingga 500 boleh menyebabkan masalah kesihatan serius kepada penduduk.
Demikian adalah senarai bacaan PM2.5 negara dengan mutu udara tertinggi:

- Kinshasa (Kongo): 178
- Jakarta (Indonesia): 173
- Lahore (Pakistan) : 163
- Dubai (Amiriah Arab Bersatu): 157
- Delhi (India): 154
- Kampala (Uganda): 145
- Santiago (Chile): 137
- Beijing (China): 102
- Kaherah (Mesir): 95
- Manama (Bahrain): 94
Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.