Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mutu udara capai paras 'teruk', lori diesel dilarang masuk New Delhi

Anggaran Waktu Membaca:
NEW DELHI: Pihak berkuasa New Delhi melarang lori yang menggunakan minyak diesel, memasuki ibu kota India itu kecuali membawa barangan penting.

Ini memandangkan New Delhi sedang diselubungi asap beracun.

Indeks pencemaran udaranya di banyak kawasan ibu kota itu, melebihi paras 450, sekali gus berada di paras kategori 'teruk'.
Bacaan indeks di atas 400 bermakna, pencemaran udara boleh menjejas kesihatan manusia dan paling teruk bagi mereka yang menghidap penyakit.

Semua kenderaan yang membawa barangan keperluan dan menggunakan gas asli termampat (CNG) serta lori elektrik akan dibenarkan berulang-alik di Delhi.

Kenderaan sederhana dan besar juga tidak dibenarkan masuk ke ibu kota itu kecuali kenderaan yang mengangkut barangan keperluan.Kenderaan diesel BS-4 juga sudah dilarang memasuki ibu kota itu dan wilayah berhampiran.

Sementara itu, banyak pihak sudah meminta agar sekolah-sekolahnya ditutup.

Pihak berkuasa dipercayai akan memberikan keputusannya selepas mesyuarat peringkat tinggi pada Jumaat (4 Nov).
 
Sumber : Agensi berita/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan