Mutasi baru COVID-19 dikesan di Malaysia
Satu jenis COVID-19 yang baru dipanggil A701V, dikesan di Malaysia, dedah Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada Rabu (23 Dis).
Seorang warga M'sia jalani ujian swab COVID-19 (Gambar fail: Reuters)
PUTRAJAYA: Satu jenis COVID-19 yang baru dipanggil A701V, dikesan di Malaysia, dedah Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada Rabu (23 Dis).
Beliau berkata A701V dikesan dalam kalangan 60 sampel yang diambil dari kelompok Benteng LD di Sabah.
"Mutasi A701V dan mutasi protein berpacak, juga telah dilaporkan di negara-negara lain termasuk Amerika Selatan, Australia, Belanda dan Singapura.
"Bagaimanapun, kita belum dapat pastikan impak kesihatannya, sama ada mutasi A701V ini memiliki kebolehjangkitan tinggi atau bersifat ganas seperti D614G," kata Dr Noor Hisham kepada para wartawan.
Beliau berkata kementerian kesihatan akan terus memantau mutasi virus itu dan kesannya dalam menganggarkan keberkesanan vaksin COVID-19.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata penghantaran pertama vaksin COVID-19 yang diperolehi akan diberikan kelulusan bersyarat untuk mempercepat proses pemvaksinan.
Beliau berkata, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) setakat ini telah menerima satu penyerahan untuk pendaftaran dari sebuah syarikat farmasi pada 15 Disember untuk penggunaan vaksinnya.
"Kami akan mengkaji semula data dan jika semuanya berjalan baik, vaksin akan diluluskan secara bersyarat, dan itu akan dilakukan sebelum Mac.
"Dalam keadaan biasa, prosesnya akan memakan waktu 90 hingga 120 hari. Tetapi kami akan berusaha mempercepatkan proses tersebut kepada kurang 90 hari."
Beliau berkata bahawa Agensi Ubat-Ubatan Eropah juga telah melaksanakan kelulusan bersyarat.
"Kelulusan bersyarat dilakukan dengan penyerahan data ujian klinikal selari, misalnya. Data akan secara berterusan diserahkan ke BPFK. Kami kemudian akan terus mengkaji semula data (yang dikemas kini).
"Data yang dikemas kini akan memberitahu kami tentang keberkesanan vaksin terhadap kes-kes mutasi dan kesan sampingan."
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.