Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mustapa Mohamed tidak akan kosongkan kerusi Parlimen Jeli

Mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Encik Mustapa Mohamed berkata beliau tidak akan mengosongkan kerusi Parlimen Jeli yang dipegangnnya meskipun didesak beberapa pihak untuk berbuat demikian.

Anggaran Waktu Membaca:
Mustapa Mohamed tidak akan kosongkan kerusi Parlimen Jeli

Encik Mustapa Mohamed. (Gambar: Mustapa Mohamed/Facebook)

Diterbitkan : 23 Oct 2018 10:38PM Dikemas Kini : 23 Oct 2018 10:43PM

KUALA LUMPUR: Mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Encik Mustapa Mohamed berkata beliau tidak akan mengosongkan kerusi Parlimen Jeli yang dipegangnnya meskipun didesak beberapa pihak untuk berbuat demikian setelah mengumumkan keluar daripada UMNO 18 September lalu.

Mantan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu berkata beliau akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas dan memperjuang kepentingan rakyat terutama di kawasan yang diwakilinya.

“Terima kasih kepada rakyat Jeli kerana penghijrahan saya untuk jadi anggota Parlimen Bebas diterima baik oleh mereka.

“Insya-Allah saya akan terus berjuang demi mereka. Saya tidak akan letak jawatan (sebagai Anggota Parlimen Jeli) seperti didesak beberapa pihak. Saya akan memperjuangkan kepentingan rakyat dalam dewan dan di luar dewan,” katanya ketika memulakan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 di persidangan Dewan Rakyat hari ini (23 Okt).

Beliau mengumumkan keluar daripada parti yang disertainya lebih 40 tahun lepas antara lain kerana menganggap hala tuju UMNO tidak lagi selari dengan prinsip politik yang dipegangnya selama ini.

Dalam pada itu, Encik R.S.N Rayer (Pakatan Harapan (PH)-Jelutong) dalam celahannya memuji tindakan Encik Mustapa keluar UMNO dan mengajak mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menyertai Pakatan Harapan.

Encik Mustapa bagaimanapun menjawab beliau belum membuat keputusan mengenai perkara itu. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan