Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mustapa Mohamed: M'sia akan penuhi tanggungjawab pembatalan projek HSR KL-S'pura

Struktur projek asal, katanya, memerlukan tanggungan besar dan jaminan jangka panjang pihak kerajaan Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Mustapa Mohamed: M'sia akan penuhi tanggungjawab pembatalan projek HSR KL-S'pura

Konsep rekaan bagi stesen Bandar Malaysia di projek HSR KL-Singapura. (Gambar: MyHSR)

Diterbitkan : 01 Jan 2021 05:30PM Dikemas Kini : 01 Jan 2021 05:33PM

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memikul tanggungjawabnya di bawah Persetujuan Dua Hala bagi pembatalan projek Kereta Api Laju (HSR), kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri Malaysia, Mustapa Mohamed, pada Jumaat (1 Jan).

Beliau mengulas demikian setelah pemerintah Singapura dan kerajaan Malaysia hari ini mengumumkan pembatalan projek HSR selepas perjanjian tersebut lupus pada 31 Disember 2020.

"Oleh sebab Perjanjian Dua Hala dan syarat dipersetujui sebelum ini, Malaysia akan melunaskan hutang di bawah Perjanjian Dua Hala. Kedua-dua negara akan melakukan apa yang perlu bagi menentukan jumlah pampasan."

Beliau menambah pandemik COVID-19 menjejas teruk ekonomi Malaysia dan syarat Perjanjian Dua Hala itu yang dimeterai pada 2016 tidak lagi berdaya maju bagi Malaysia disebabkan situasi ekonomi sekarang.

Encik Mustapa berkata sejak pertengahan 2020, kerajaan Malaysia mengusulkan beberapa perubahan kepada projek termasuk struktur projek, penjajaran dan rekaan stesen.

Struktur projek asal, katanya, memerlukan tanggungan besar dan jaminan jangka panjang pihak kerajaan Malaysia.

Beliau menambah bahawa pemerintah Singapura dan kerajaan Malaysia menjalankan beberapa perbincangan berhubung kedudukan masing-masing dengan perubahan disebutkan.

"Bagaimanapun, kami tidak dapat mencapai persetujuan tentang perubahan itu," ujar beliau.

Sumber : CNA/RU/ru

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa