Skip to main content

Dunia

Musk kesali beberapa catatan yang dimuat naik tentang Trump

Anggaran Waktu Membaca:
Musk kesali beberapa catatan yang dimuat naik tentang Trump

Elon Musk dan Donald Trump di Rumah Putih. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 11 Jun 2025 05:20PM Dikemas Kini : 11 Jun 2025 05:21PM
AMERIKA SYARIKAT: Hartawan Elon Musk pada Rabu (11 Jun) berkata beliau menyesali beberapa catatan yang dibuatnya minggu lalu mengenai Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kerana ia "keterlaluan".

Encik Trump dan Encik Musk mula bertukar-tukar hinaan minggu lalu di media sosial, dengan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX itu menyifatkan rang undang-undang cukai dan perbelanjaan menyeluruh presiden sebagai "kekejian yang menjijikkan".

Encik Trump pada Sabtu berkata hubungan mereka sudah berakhir tetapi sejak itu berkata beliau tidak akan mempunyai masalah jika Encik Musk menelefon dan mendoakan kesejahteraannya.

"Saya menyesali beberapa catatan saya tentang Presiden Donald Trump minggu lalu. Ia keterlaluan," tulis Encik Musk dalam catatan di platform media sosialnya X.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus catatan mana yang dimaksudkannya.

Sejak pertikaian itu bermula, Encik Musk sudah memadam beberapa catatan media sosial yang mengkritik Encik Trump, termasuk satu yang menunjukkan sokongan untuk mendakwa presiden.

Sumber yang rapat dengan Encik Musk berkata kemarahannya sudah mula reda, dan mereka percaya beliau mungkin ingin memperbaiki hubungannya dengan Encik Trump.
Sumber : CNA/NK/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita