Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Musim umrah jemaah luar negara berakhir pada 30 Syawal

Arab Saudi baru-baru ini mengumumkan musim umrah 1443H bagi jemaah dari luar negara akan tamat pada 30 Syawal ini.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Arab Saudi baru-baru ini mengumumkan musim umrah 1443H bagi jemaah dari luar negara akan tamat pada 30 Syawal ini.

Dalam kenyataannya pada Selasa lalu (3 Mei), Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menyatakan jemaah luar negara boleh memohon untuk mendapatkan visa umrah individu melalui wadah yang disediakan oleh Arab Saudi.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak kementerian akan mengumumkan tarikh permohonan haji 1443H dan prosedur berkaitan melalui saluran rasmi kementerian tersebut tidak lama lagi.

Kenyataan itu turut menambah Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sudahpun mengeluarkan 6,694,998 permit umrah dan 262,781 permit solat di Raudhah al-Sharifah sepanjang Ramadan yang lalu.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan