Musim Umrah akan bermula pada 30 Jul
(Gambar: Saudi Ministry of Hajj and Umrah/AFP)
JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada Rabu (13 Jul) mengumumkan bahawa musim baru Umrah akan bermula pada 1 Muharram 1444 bersamaan 30 Julai 2022, lapor Saudi Gazette.
Permohonan visa bagi jemaah asing untuk menunaikan ibadah Umrah dan menziarahi Masjid Nabawi akan dibuka mulai Khamis (14 Jul).
Menurut kementerian tersebut dalam satu kenyataan media, Umrah bagi jemaah domestik dan asing akan bermula pada 30 Julai.
Syarat-syarat untuk menerima visa Umrah boleh dilihat menerusi pautan ini.
Permit juga boleh diberikan kepada jemaah domestik menerusi aplikasi Eatmarna. Ini akan mengikut sistem bersepadu khidmat kesihatan yang berpadu diluluskan oleh pihak berkuasa relevan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan jemaah dan pengunjung menerusi prosedur-prosedur mudah demi memastikan pelaksanaan ibadah Umrah dapat dijalankan dengan mudah dan selesa.
Syarat-syarat bagi kelayakan ejen asing untuk menyediakan khidmat bagi jemaah Umrah dan pengunjung Masjid Nabawi termasuk mengirimkan permintaan kelayakan menerusi portal Kementerian Haji dan Umrah di pautan ini.
Mereka juga harus mematuhi undang-undang dan syarat-syarat yang tertera di portal tersebut, sekali gus menyertakan dokumen dan data berhubung kait pendaftaran komersil; keanggotaan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) serta maklumat peribadi.
Kementerian Haji dan Umrah turut menarik perhatian bahawa kementerian tersebut sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang handal untuk menetapkan langkah-langkah pencegahan kesihatan untuk melindungi diri terhadap koronavirus, termasuk menerima suntikan vaksin yang diluluskan Kerajaan; menyertakan sijil vaksinasi yang diluluskan oleh pihak berkuasa negara asal jemaah selain pengisytiharan kebenaran maklumat yang diserahkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.