Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Musim salji bermula di Arab Saudi

Anggaran Waktu Membaca:

JEDDAH: Suhu merosot di kebanyakan kawasan di Arab Saudi mulai Ahad (25 Dis) dan akan terus menjunam sehingga Rabu (28 Dis).

Demikian menurut Pusat Kaji Cuaca Nasional (NMC), seperti dipetik Saudi Gazette. 

Suhu turut merosot di kawasan utara, timur dan tengah Arab Saudi. 

Salji ringan dijangka melanda pada Isnin (26 Dis) dan Selasa (27 Dis) di tanah tinggi di kawasan Tabuk, seperti Jabal Al-Lawz dan Alaqan Al-Dhahr, serta beberapa kawasan di Sempadan Utara, termasuk Arar, Turaif, Hazm Al-Jalamid, Al-Jouf dan Al-Qurayyat. 

Turaif di Kawasan Sempadan Utara mencatatkan suhu terendah di Arab Saudi, mencecah tiga darjah Selsius, serta di Qurayyat. Turaif, bandar paling sejuk di Arab Saudi, sebelum ini pernah mencatat suhu terendah, serendah -12 darjah Selsius. 

Salji akan terus melanda pada waktu malam hari di bandar tersebut, yang sebelum ini menyaksikan pemandangan indah "laut putih" di kawasan pergunungan. 

Aqeel Al-Aqeel, seorang penganalis di NMC, menyatakan cuaca tidak menentu akan berterusan, dengan kemungkinan hujan sekali lagi di kebanyakan kawasan Arab Saudi. Menurut sumber-sumber NMC, hujan renyai hingga sederhana dijangka melanda pada Isnin dan Selasa di merata Arab Saudi. 

Ini termasuk Tabuk, Al-Wajh, Duba, Umluj, Neom, Sharma dan Taimah di kawasan Tabuk; Makkah, Jeddah, Rabigh, Taif, Jumum, Al-Kamel, Khulais, dan Bahra di kawasan Makkah; Al-Ais, Badr, Yanbu, Al-Ula, Khaiber, Al-Mahd, Wadi Al-Fara dan Al-Hanakiya di kawasan Madinah; dan Al-Baha, Baljurashi, Al-Mandaq Al-Qura, Qilwa dan Al-Mahkwah di kawasan Al-Baha. 

Hujan sederhana diramal turun antara Ahad hingga Selasa di Al-Ghazala Al-Shanana dan kebanyakan kawasan di Hail; Rafha, Arar dan Turaif di Kawasan Sempadan Utara; Sakaka, Dumat Al-Jandal, Al-Quarayyat dan Tabarjal di kawasan Al-Jouf; Abha, Khamis Mushayt, Sarat Obaidah, Ahad Rofaidah, Dhahran Al-Janoub, Al-Namas, Balqarn, Al-Majaridah, Mahayil, Tanumah dan Al-Bork di kawasan Asir; Jazan, Fifa, Al-Khouba, Al-Ardah, Haroub, Al-Harth, Al-Da'ir, Al-Shaqiq dan Bish di Jazan; Habona dan Badr Al-Janoub di kawasan Najran. 

Hujan sederhana dijangka turun pada Isnin dan Selasa di Buraidah, Unaizah, Al-Ras dan sebahagian besar kawasan Al-Qassim serta di Hafar Al-Batin, Khafji, Al-Nairyah, Qaryat Al-Olayya, Qatif, Dammam, Dhahran, Al-Khobar, Abqaiq dan Al-Ahsa di Wilayah Timur, selain bandar Riyadh, Al-Kharj Al-Muzahamiya, Al-Quwaia, Al-Majmaa, Al-Zulfi, Al-Ghat, Shaqra, Remah, Al-Dawadmi dan Afeef di kawasan Riyadh. 

Encik Al-Aqeel menyatakan angin diiringi dengan habuk, dijangka melanda di kawasan Al-Jouf dan Sempadan Utara mulai Isnin dan ia akan belarutan ke kawasan Hail, Al-Qassim, Wilayah Timur dan Riyadh mulai Selasa dan kemudian ke kawasan Najran, Asir, Al-Baha dan Makkah, termasuk kawasan-kawasan di tepi pantai.

Ini berpotensi menyebabkan ombak naik lebih dua setengah meter, tambahnya, sambil menekankan bahawa suhu akan turun ketara di kawasan Tabuk, Al-Jouf, Kawasan Sempadan Utara, Hail, Al-Qassim dan bahagian utara di Madinah, di mana suhu terendah dijangka mencecah -1 hingga -4 darjah Selsius. 

Suhu terendah dijangka mencecah antara dua hingga lima darjah selsius di Riyadh dan bahagian utara Wilayah Timur, lapor Saudi Gazette. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan