Skip to main content

Dunia

Musim 'rotab' tiba lebih awal beri peluang jemaah haji nikmati kurma rangup

Pertama kali dalam tempoh 20 tahun, musim penuaian kurma ranum atau dikenali sebagai ‘Rotab’ di Arab Saudi tiba lebih awal berbanding kebiasaannya pada Julai setiap tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Pertama kali dalam tempoh 20 tahun, musim penuaian kurma ranum atau dikenali sebagai ‘Rotab’ di Arab Saudi tiba lebih awal berbanding kebiasaannya pada Julai setiap tahun.

Demikian menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA).

Lebih istimewa, kali ini ia tiba bertepatan dengan musim haji 1443 H.

Ini sekali gus memberi peluang kepada jemaah haji seluruh dunia menikmati kurma ranum dengan tekstur yang rangup dan segar dan pada masa sama menambah pendapatan peladang kurma domestik.

Menurut SPA, tinjauan di Pasar Kurma Pusat Kota Madinah Munawwarah mendapati kurma Rotab pelbagai variasi seperti Rothana, Ajwa, Lawnah dan Rabiah sudah mulai dijual sejak awal Jun bagi memenuhi permintaan domestik termasuk bidang perkhidmatan katering haji.

Pada masa ini, harga komoditi itu ditetapkan antara 20 (S$7.50) hingga 60 Riyal Saudi (S$22) sekotak untuk tiga kilogram, bergantung saiz dan mutu.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita