Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Musim raja buah sudah tiba! Penggemar durian 'serbu' Balik Pulau

Anggaran Waktu Membaca:
Musim raja buah sudah tiba! Penggemar durian 'serbu' Balik Pulau
Diterbitkan : 13 Jun 2022 10:59AM Dikemas Kini : 13 Jun 2022 11:00AM

BALIK PULAU: Keenakan durian Balik Pulau yang dikatakan berbeza dengan durian dari tempat lain antara faktor membuatkan penggemarnya sanggup menempuh perjalanan jauh ke Pulau Pinang semata-mata mahu menikmati kelazatan 'raja buah' itu.

Meskipun harga sesetengah jenis durian agak tinggi, namun mereka tidak lokek berbelanja dan ‘pejam mata’ asalkan dapat menikmati buah durian Balik Pulau.

Tinjauan Astro AWANI di Anjung Indah, Balik Pulau, mendapati dataran itu dipenuhi dengan penggemar durian yang mengambil peluang cuti hujung minggu berkunjung ke situ.

Peniaga durian, Mohd Hilmi Che Ros berkata, sambutan terhadap pesta durian kali ini amat luar biasa susulan negara yang sudah memasuki fasa peralihan ke endemik.

Beliau yang kembali berniaga di kedai fizikal selepas terpaksa menjalankan perniagaan secara online dan penghantaran semasa PKP, berkata, perniagaannya kembali rancak dengan kedatangan peminat buah popular itu, lapor Astro AWANI.

Menurut beliua, harga durian yang dijual di gerainya masih berpatutan dan mampu dinikmati penggemarnya.

"Durian di Balik Pulau (didatangkan) dari ladang terus ke Anjung Indah. Kita tidak ambil buah dari luar. Keunikan buah di sini (rasanya) berbeza dengan negeri lain, sebab pokok di sini ada yang lebih 20 tahun pun ada".

"Warnanya juga berbeza. Kita tengok Musang King Balik Pulau tidak sama dengan Musang King dari luar... beza dari segi bentuk dan warna, ia tak sama," kata Encik Mohd Hilmi.

Beliau juga mengakui perniagaannya rancak disebab orang ramai kini boleh rentas negeri, berbanding tahun-tahun sebelumnya yang agak mencabar dan terpaksa berurus niaga secara penghantaran, lapor Astro AWANI. 

"Sekarang kalau ada COD, kita tengok permintaan. Kita hantar juga. Tapi sekarang kita utamakan orang yang datang ke gerai. Sebelum ini dua tahun kita tak dapat buka... maka tahun ini kita beroperasi semula," jelasnya.

Selain Musang King, durian jenis Black Thorn, Kacang Hijau, Udang Merah dan Emas antara yang boleh didapati di gerainya serta gerai-gerai lain di Balik Pulau.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan