Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Musim hujan Indonesia diramal tiba lebih awal

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Musim hujan di Indonesia dijangka tiba lebih awal bagi kebanyakan kawasan di negara itu.

Kemuncak musim hujan diramal berlaku antara Disember dengan Januari tahun depan, menurut agensi kaji cuaca BMKG pada Rabu (31 Ogos).

Negara Asia Tenggara itu adalah pengeluar minyak sawit terbesar di dunia dan pengeluar utama makanan seperti beras.

Musim hujan di sesetengah kawasan mungkin bermula seawal September, berbanding permulaan biasa pada bulan Oktober, menurut data BMKG.

Menurut ketua BMKG, Dwikorita Karnawati, sektor pertanian mungkin boleh memanfaatkan musim hujan yang lebih awal itu dengan memulakan penanaman lebih awal, namun memberi amaran mengenai risiko berlaku banjir.

"Meskipun tanpa hujan lebat,ia telah terbukti menyebabkan banjir, banjir kilat dan tanah runtuh," kata Cik Dwikorita dalam sidang media maya.

Agensi kaji cuaca itu turut meramalkan kebanyakan kawasan akan mengalami hujan biasa, manakala hampir 27 peratus zon termasuk kawasan pengeluar komoditi utama seperti bahagian selatan pulau Sumatera, timur Jawa dan Kalimantan akan mengalami hujan lebih lebat daripada biasa.

Keadaan cuaca di Indonesia pada 2021 dan 2022 sudahpun lebih dilanda hujan daripada biasa, dengan beberapa bahagian di Indonesia belum lagi dilanda musim kemarau pada tahun ini.

BMKG juga memberikan amaran kepada pihak berkuasa supaya kekal berwaspada terhadap potensi berlaku kebakaran hutan meskipun dilanda hujan di kebanyakan kawasan.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan