Skip to main content

Dunia

Muscat akan jadi tuan rumah pusingan keenam rundingan nuklear Iran-Amerika

Muscat dijadualkan menjadi tuan rumah bagi pusingan keenam rundingan tidak langsung antara Tehran dan Washington pada Ahad ini (15 Jun), lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Anggaran Waktu Membaca:
Muscat akan jadi tuan rumah pusingan keenam rundingan nuklear Iran-Amerika

Bendera Iran dan Amerika Syarikat dicetak di atas kertas dalam ilustrasi yang ditukil pada 27 Jan 2022. (Gambar: REUTERS/Dado Ruvic)

TEHRAN: Muscat dijadualkan menjadi tuan rumah bagi pusingan keenam rundingan tidak langsung antara Tehran dan Washington pada Ahad ini (15 Jun), lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Jurucakap Kementerian Luar Esmaeil Baqaei berkata pada Selasa (10 Jun), Iran dan Amerika Syarikat akan mengadakan pusingan terbaharu rundingan di Muscat pada Ahad ini, dengan Oman bertindak sebagai pengantara.

Iran dan Amerika Syarikat mengadakan lima pusingan rundingan, tiga di Muscat dan dua di Rom dan Menteri Luar Oman, Sayyid Badr Al-Busaidi bertindak sebagai pengantara.
Sumber : Bernama/HA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita