Musa Aman lafaz sumpah Yang Dipertua Negeri Sabah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Bernama)
- Musa Aman melafazkan sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu, di Kota Kinabalu pada Rabu (1 Jan).
- Encik Musa yang diiringi isteri Faridah Tussin sebelum itu tiba di Dewan Istiadat pada pukul 10.11 pagi, sebelum melafazkan sumpah jawatan itu kira-kira pukul 10.22 pagi.
- Pada 17 Disember, Encik Musa menerima watikah pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur bagi tempoh empat tahun bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2028.
- Pelantikan Encik Musa adalah bagi menggantikan Juhar Mahiruddin yang menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Disember, selepas menyandang jawatan itu selama empat penggal bermula 1 Jan 2011.
KOTA KINABALU: Musa Aman melafazkan sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu, di Kota Kinabalu pada Rabu (1 Jan).
Encik Musa yang diiringi isteri Faridah Tussin sebelum itu tiba di Dewan Istiadat pada pukul 10.11 pagi, sebelum melafazkan sumpah jawatan itu kira-kira pukul 10.22 pagi.
Beliau kemudiannya menandatangani surat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli, sebelum Ketua Menteri Hajiji Noor menyampaikan ucapan tahniah dan melafaz ikrar taat setia.
Mufti Kerajaan Negeri Sabah Bungsu Jaafar kemudian membacakan doa memohon kesejahteraan negeri di bawah naungan Musa, sebelum Yang Dipertua Negeri Sabah itu meninggalkan istiadat pada pukul 10.43 pagi.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Dr Jeffrey Kitingan, Dr Joachim Gunsalam dan Shahelmey Yahya, serta Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Kadzim M Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Safar Untong.
Pada 17 Disember, Encik Musa menerima watikah pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur bagi tempoh empat tahun bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2028.
Pelantikan Encik Musa adalah bagi menggantikan Juhar Mahiruddin yang menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Disember, selepas menyandang jawatan itu selama empat penggal bermula 1 Jan 2011.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.