Murid sekolah agama Johor dibenar pakai baju sukan dek cuaca panas
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: Bernama
JOHOR BAHRU: Johor membenarkan murid sekolah agama di negeri tersebut memakai pakaian sukan atau pakaian bersesuaian ekoran keadaan cuaca panas pada masa ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata pemakluman itu telah dikeluarkan menerusi surat pekeliling baru-baru ini.
"Kita menggunakan kaedah seperti yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM). Murid juga boleh memakai pakaian sukan sekolah kebangsaan, kerana kita faham sekolah agama tidak banyak pilihan pakaian sukan.
"Pakaian kemeja-T berwarna putih dengan seluar sukan juga dibenarkan, yang penting kemas dan menutup aurat," katanya kepada para wartawan semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Bandaraya Johor Bahru pada Khamis (11 Mei).
Beliau berkata kerajaan negeri juga telah meminta semua aktiviti luar bilik darjah dihentikan buat sementara waktu termasuk mengadakan perhimpunan menyusuli cuaca panas tersebut.
Menerusi pekeliling bertarikh 3 Mei 2023, KPM telah memaklumkan mengenai kebenaran pemakaian baju sukan di semua sekolah seluruh negara ekoran cuaca panas yang mencecah sehingga 35 darjah Celsius ketika ini.
Sementara itu, berhubung dakwaan ibu kepada seorang murid di sebuah sekolah agama di Pasir Gudang yang mengatakan anaknya didenda di tengah panas disebabkan lambat hadir ke sekolah, beliau berkata hasil siasatan awal menunjukkan berlaku kelemahan komunikasi antara pihak sekolah dan ibu bapa.
Beliau berkata siasatan sedang diteruskan dan laporan penuh dijangka dikemukakan kepadanya serta dibentangkan awal minggu depan.
"Mungkin berlaku kelemahan komunikasi, kita akan pastikan ia tidak berulang. Saya dapat maklumat awal kejadian itu bukan denda atau hukuman sebaliknya sekolah sedang mengatur murid-murid untuk masuk kelas, susulan ada kelas yang tiada bekalan elektrik.
"Pihak sekolah sedang ambil kedatangan di kawasan luar terlebih dahulu sebelum masuk kelas, (jadi) tiada sebarang unsur penderaan atau hukuman," katanya.
Menurut Encik Mohd Fared, pihaknya memaklumi kerisauan ibu bapa dan akan memastikan kesejahteraan serta keselamatan anak-anak mereka terjaga khususnya di kawasan sekolah.
Sebelum ini, tular satu hantaran di TikTok dipercayai daripada seorang wanita yang mendakwa anaknya dihukum di tengah cuaca panas di sebuah sekolah agama.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.