Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Murid, guru di M'sia dibenar pakai baju sukan semasa cuaca panas

Anggaran Waktu Membaca:

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju memberi kebenaran khas kepada murid, guru dan kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan di semua institusinya ketika cuaca panas melanda negara itu, lapor Harian Metro. 

Dalam kenyataan pada Rabu (3 Mei), KPM memaklumkan kebenaran itu bagi mengelak sebarang komplikasi kesihatan yang mungkin dialami murid dan warga sekolah dalam menghadapi gelombang haba.

Menurutnya lagi, pemakaian tali leher juga tidak diwajibkan dan pihak sekolah diminta untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa supaya tindakan segera dapat diambil.

"KPM sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, keselamatan dan kesihatan semua pihak semasa menghadapi cuaca panas dan kering berpanjangan yang sedang melanda negara," menurut kenyataan yang dipetik Harian Metro. 

Media sebelum ini melaporkan, KPM mengeluarkan arahan kepada semua institusi di bawahnya agar menghentikan aktiviti luar bilik darjah sekiranya kawasan masing-masing mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta institusi berkaitan kemudian diarah melaksanakan langkah pencegahan, selain memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada cuaca panas.

Bagi memastikan kesihatan tidak terjejas, pihak itu juga perlu memastikan bekalan air minum bersih mencukupi dan menggalak murid membawa air minum sendiri, menurut Harian Metro.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan