Skip to main content

Dunia

Mumbai dalam keadaan waspada selepas ancaman bom diterima

Anggaran Waktu Membaca:
Mumbai dalam keadaan waspada selepas ancaman bom diterima

Lakaran AI memaparkan pasukan keselamatan berjaga-jaga. (Gambar hiasan: ChatGPT)

Diterbitkan : 06 Sep 2025 10:05AM Dikemas Kini : 06 Sep 2025 10:06AM

NEW DELHI: Polis di ibu kota kewangan India, Mumbai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas menerima mesej WhatsApp yang mengugut akan berlaku puluhan letupan di seluruh bandar raya itu, menurut pasukan polis pada Jumaat (5 Sep), lapor Xinhua.

Mesej yang diterima pada Khamis itu (4 Sep) mendakwa pengebom nekad dikerahkan dalam 34 kenderaan, dan ia akan menggegarkan seluruh bandar raya berkenaan. 

Pengirim mesej itu turut mendakwa seramai 14 pengganas memasuki Mumbai dan meletakkan 400 kilogram RDX dalam kenderaan-kenderaan terbabit untuk diletupkan.

Pegawai kanan polis, Anil Dashrathrao Kumbhare memberitahu media bahawa ugutan itu sedang disiasat.

Bandar raya tersebut kini sedang menyambut Anant Chaturdashi, perayaan Hindu selama 10 hari yang akan berakhir pada Sabtu dengan polis membuat persiapan keselamatan untuk jutaan penganut Hindu.

Sumber : Agensi berita/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita