AS mulakan ujian klinikal vaksin influenza universal mRNA
Amerika Syarikat memulakan ujian klinikal vaksin influenza universal yang dibangunkan oleh penyelidik di Institut Kesihatan Nasional AS (NIH), menurut agensi itu pada Selasa (16 Mei).
Gambar: iStock
Ujian dimulai dengan pendaftaran sukarelawan di Duke University di Durham, North Carolina, lapor Xinhua.
Percubaan Fasa Satu itu akan menguji vaksin eksperimen, yang dikenali sebagai H1ssF-3928 mRNA-LNP, untuk menguji keselamatan dan keupayaannya mendorong tindak balas imun, menurut NIH.
Ujian itu akan dijalankan ke atas 50 sukarelawan yang sihat tubuh badan berusia 18 hingga 49 tahun.
Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan, masing-masing akan divaksin dengan 10, 25 dan 50mcg vaksin eksperimen.
Selepas penilaian data untuk menentukan dos optimum, 10 peserta tambahan akan didaftarkan untuk menerima dos optimum terbabit.
Kajian itu juga merangkumi sekumpulan peserta yang akan menerima vaksin influenza bermusim kuadrivalen semasa.
Ini akan membolehkan penyelidik membuat perbandingan langsung antara keimunogenan, keselamatan vaksin dan vaksin selesema yang sedia ada, menurut NIH.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.