Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muktamar Islam bakal adakan mesyuarat tergempar bincang konflik Sudan

Anggaran Waktu Membaca:

ANKARA: Muktamar Islam (OIC) akan bersidang di Jeddah, Arab Saudi pada Rabu (3 Mei) untuk membincangkan situasi terkini di Sudan.

"Jawatankuasa Eksekutif OIC akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Rabu, 23 Mei 2023, di ibu pejabat Sekretariat Agung di Jeddah, untuk membincangkan situasi di Sudan," menurut kenyataan bertulis pertubuhan dunia itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha, berkata mesyuarat berkenaan mencerminkan kesungguhan pertubuhan itu untuk membantu memulihkan keadaan keselamatan dan kestabilan di negara yang dilanda konflik itu, lapor agensi berita Anadolu.

Beliau turut menggesa pihak yang bertelagah supaya mengadakan gencatan senjata secara kekal dan mengadakan dialog bagi membolehkan proses politik diteruskan dan demi menjaga keselamatan rakyat serta negara. 

Pada Isnin (1 Mei), anggota tetap Liga Arab turut mengadakan mesyuarat tergempar di Kaherah, ibu negara Mesir, bagi membincangkan situasi terkini di Sudan.

Pertempuran bersenjata meletus pada 15 April antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum, menyaksikan sekurang-kurangnya 528 orang terbunuh dan lebih 4,500 lagi cedera.

Sudan tidak mempunyai pemerintah yang berfungsi sejak Oktober 2021, selepas tentera memecat pemerintah peralihan pimpinan Perdana Menteri Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat, satu tindakan yang disifatkan sebagai "rampasan kuasa".

Tempoh pemerintah peralihan yang bermula pada Ogos 2019 selepas penyingkiran Presiden Omar al-Bashir dijadualkan berakhir dengan pilihan raya pada awal 2024.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan