Mukhriz sahkan SPRM siasat Dr Mahathir
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir dan Dr Mahathir Mohamad. (Gambar fail: Bernama)
PETALING JAYA: Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir pada Ahad (31 Mac) mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat bapanya, mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Menurut beliau, agensi antirasuah itu menghantar notis, yang ditandatangani oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, kepada abang-abangnya, Encik Mokhzani dan Encik Mirzan, menyatakan perkara tersebut.

“Saya melihat notis yang ditandatangani sendiri oleh Azam kepada Mirzan dan Mokhzani,” katanya dalam video yang dimuat naik Malaya Daily di YouTube, dipetik daripada agensi berita Free Malaysia Today.
“Di awal notis itu menyebut bahawa siasatan dikenakan ke atas Mahathir, kemudian kedua-dua abang saya ini diarahkan membuat pengisytiharan harta untuk membantu siasatan itu.
Encik Mukhriz turut berkata, keluarganya berasa hairan mengapa Encik Mokhzani dan Encik Mirzan turut disiasat, sedangkan sasaran utama siasatan ialah Dr Mahathir, lapor Free Malaysia Today.
“Memang dari awal, kami rasa agak pelik (apabila) siasatan (dimulakan) ke atas seseorang itu, kononnya disyaki menyalahgunakan kuasa – kita pun belum pasti (sebabnya) kerana tidak diberikan butiran terperinci – tetapi yang disiasat ialah anak kepada orang yang didakwa (melakukan kesalahan) itu.”
Pada Januari lalu, SPRM dilapor mengarahkan Encik Mokhzani dan Encik Mirzan mengisytiharkan harta mereka sejak 1981 ketika Dr Mahathir mula-mula dilantik menjadi perdana menteri.
Arahan itu adalah sebahagian daripada siasatan berhubung rekod perniagaan luar pesisir yang didedahkan oleh sebuah konsortium wartawan, menurut SPRM pada masa itu, tanpa menyebut sasaran utamanya ialah Dr Mahathir.
Encik Mokhzani turut mengesahkan kepada Bloomberg dalam satu temu bual yang dilaporkan minggu lalu bahawa bapanya adalah suspek utama siasatan SPRM, menurut Free Malaysia Today.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.