Skip to main content

Dunia

Mukhriz MB Kedah? Keputusan belum pasti ekoran majlis pelantikan ditangguh

Majlis pelantikan dan angkat sumpah Menteri Besar Kedah ke-13 di Istana Anak Bukit, Alor Setar yang dijadual berlangsung petang ini, ditangguhkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Mukhriz MB Kedah? Keputusan belum pasti ekoran majlis pelantikan ditangguh

Gambar: Mukhriz Mahathir/Instagram

Diterbitkan : 10 May 2018 04:47PM Dikemas Kini : 10 May 2018 04:59PM

ALOR SETAR: Majlis pelantikan dan angkat sumpah Menteri Besar Kedah ke-13 di Istana Anak Bukit, Alor Setar yang dijadual berlangsung petang ini, ditangguhkan.

Perkara itu disahkan Setiausaha Sulit kepada Sultan Kedah, Datuk Elmi Yusoff melalui satu kenyataan kepada media, hari ini (10 Mei).

Bagaimanapun, ia tidak menyebut bila majlis berkenaan akan diadakan, menurut laporan Bernama.

Pakatan Harapan (PH) yang menggunakan logo PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menubuhkan kerajaan baru di Kedah selepas memenangi 18 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.

Barisan  Nasional pula hanya memenangi tiga kerusi dengan PAS memperoleh 15 kerusi.

Sehingga kini, Harian Metro melaporkan bahawa calon Menteri Besar Kedah masih menjadi tanda tanya.

PH belum menetapkan individu yang bakal menyandang jawatan itu, meskipun nama Datuk Seri Mukhriz Mahathir disebut-sebut sebagai calon utama.

Namun, terdapat sumber yang menyatakan bahawa PKR lebih berhak untuk menduduki kerusi Menteri Besar Kedah itu kerana memiliki majoriti dengan lapan daripada 18 kerusi dimenangi PH, manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) lima kerusi dan masing-masing dua lagi milik DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Ketika ditanya, Datuk Seri Mukhriz hanya mengesahkan bahawa senarai akhir calon untuk jawatan Menteri Besar Kedah sudah diputuskan, namun menunggu kelulusan pimpinan pusat, lapor Harian Metro.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita