Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muka seakan kanak-kanak, lelaki 27 tahun ini sukar cari kerja

Anggaran Waktu Membaca:

BEIJING: Seorang lelaki dari Dongguan, China menghadapi masalah mencari pekerjaan kerana kelihatan seperti kanak-kanak berbanding usia sebenarnya yang sudah lewat 20-an tahun.

Mao Sheng, 27 tahun, sudah bertahun-tahun kelihatan muda, lapor Oddity Central. 

Walaupun sesetengah orang menganggapnya sebagai rahmat, Mao mendakwa ia adalah satu sumpahan kerana ia menghalangnya daripada mendapat pekerjaan.

Kebanyakan majikan tidak percaya beliau berumur seperti yang didakwanya dan tidak mahu pihak berkuasa menuduh beliau kanak-kanak semata-mata kerana penampilannya yang muda.

Mao Sheng menjadi sensasi di China minggu lalu selepas rakaman video di Dongguan tular di TikTok.

Beliau mendedahkan usianya dan mengadu tidak dapat mencari pekerjaan untuk menyara bapanya yang sedang pulih daripada strok (angin ahmar).

Mao meminta kerja di kilang-kilang tempatan bersama seorang rakan tetapi dirinya tidak begitu bernasib baik.

Kisahnya menyentuh hati berjuta-juta orang di seluruh China, yang kebanyakannya menuduh majikan tidak memberinya peluang kerana wajahnya yang awet muda.

Mujur selepas beliau menjadi terkenal di alam siber, ramai usahawan menghubungi dan menawarkan pekerjaan kepadanya.

Satu lagi video yang disiarkan di TikTok beberapa hari lalu mendedahkan Mao menerima salah satu tawaran pekerjaan.

Lelaki itu berharap mendapat pendapatan yang mencukupi untuk membantu bapanya pulih.

Beliau juga berharap dapat mencari teman wanita dan memulakan hidup berkeluarga.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan