Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muhyiddin Yassin ucap tahniah kepada Anwar Ibrahim

Anggaran Waktu Membaca:
MALAYSIA: Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin, pada Jumaat (25 Nov) mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri baru Malaysia, Anwar Ibrahim.

Beliau menyampaikan ucapan tersebut menerusi catatan Twitter hari ini, yang berbunyi:

"Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) yang telah dilantik oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10."

Encik Muhyiddin berkata, dengan Kerajaan Persekutuan diterajui oleh Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen Malaysia dengan membawa suara rakyat selaras dengan prinsip Demokrasi Berparlimen.

Beliau menambah memandang ke hadapan, partinya akan meneruskan
perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara berpandukan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil.
Sumber : BERITA Mediacorp/NK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan