Skip to main content

Dunia

Muhyiddin Yassin tolak tuduhan rasuah; sedia disiasat untuk bersihkan nama

Anggaran Waktu Membaca:
Muhyiddin Yassin tolak tuduhan rasuah; sedia disiasat untuk bersihkan nama

Muhyiddin Yassin. (Gambar: BERNAMA)

PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin menolak tuduhan-tuduhan rasuah yang dilontar terhadap beliau.

Encik Muhyiddin malah berkata beliau sedia disiasat untuk membersihkan namanya.

Semalam (18 Jun), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan akan membuka kertas siasatan terhadap nama-nama yang dikatakan menerima wang daripada Ultra Kirana Sdn Bhd.

Selain Encik Muhyiddin, nama lain termasuklah Khairy Jamaluddin, Hishammuddin Hussein, Mohd Shafie Apdal, Reezal Merican Naina Merican dan Anifah Aman.

Nama-nama tersebut dinyatakan di Mahkamah Tinggi dua hari lalu (17 Jun) oleh seorang saksi dalam perbicaraan rasuah melibatkan mantan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.
Semasa disoal siasat, saksi itu berkata syarikat Ultra Kirana menghulurkan wang berjumlah RM1.3 juta (S$409,690) kepada Encik Muhyiddin pada 2018.

Ketika itu, beliau ialah Menteri Dalam Negeri.

Encik Muhyiddin sudahpun menolaknya sebagai "palsu" dan menegaskan beliau "tidak pernah menerima secara langsung atau tidak langsung sebarang wang" dari syarikat tersebut.

Menurut Encik Muhyiddin lagi, pada tarikh tertentu yang dinyatakan saksi berkenaan bahawa beliau kononnya menerima sogokon wang tunai, beliau sebenarnya sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di luar negara.

Menurut polis, satu laporan rasuah dibuat terhadap Encik Muhyiddin oleh Encik Lokman Noor Adam iaitu bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO.
Sumber : Agensi berita/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita